Pasukan LBR Sibu dilaporkan tidak dapat hadir ke Miri untuk perlawanan play-off Liga Bolasepak Rakyat (LBR) menentang Miri yang dijadualkan berlangsung pada 23 Disember ini.

Menurut sumber yang kami terima, pasukan Sibu telah menghantar surat permohonan kepada jawatankuasa Liga Bolasepak Rakyat untuk menangguh perlawanan tersebut.

Namun, jawatankuasa LBR telah memutuskan untuk tidak membenarkan penangguhan perlawanan dilakukan melalui surat yang bertarikh 21 Disember 2017.

Biarpun begitu, pihak pasukan Sibu dilaporkan tetap tidak akan hadir ke perlawanan tersebut atas kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Jika benar pasukan Sibu tidak akan hadir, maka pihak Miri akan dianugerahkan kemenangan percuma untuk perlawanan play-off tersebut.

Dalam pada itu, pemerhati bolasepak Miri menyifatkan bahawa sekiranya benar pasukan Sibu tidak akan hadir pada perlawanan tersebut, maka ia akan menjejaskan reputasi pasukan Sibu dan akan merosakkan imej Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan.

Malah, ia juga akan membantutkan semangat penyokong bola sepak Miri yang ternyata memberikan sokongan di sepanjang perjalanan LBR berlangsung.

Pasukan Sibu juga mungkin akan didenda jawatankuasa LBR dan mungkin akan digantung dari menyertai LBR pada musim yang akan datang.

Sebelum ini, ketua jurulatih pasukan Miri, Hakimi Man telah melahirkan harapan agar perlawanan tersebut tidak ditunda ekoran khabar angin yang menyatakan bahawa wujud kemungkinan perlawanan tersebut dianjak ke tarikh lain.

Pihak LBR dalam pada itu telah memaklumkan bahawa perlawanan tersebut tidak akan diubah dan akan dilangsungkan mengikut jadual, dan surat pengesahan bahawa perlawanan akan berlangsung seperti dijadualkan telah diterima pihak Miri dan Sibu.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey

4 COMMENTS

Comments are closed.