Abdullah Saidol memaklumkan kepada media Jumaat lepas bahawa peminat pasukan Bujang Senang harus terus menyokong pasukan tersebut meskipun pasukan tersebut kini berdepan sedikit ‘kemelut’.

Beliau berkata demikian ketika sidang bersama media di Stadium Negeri Jumaat lepas.

Menurut Exco Bebas FAS tersebut, “jika antara kita boleh menyokong pasukan yang jauh seperti Arsenal, Man U dan sebagainya, kenapa mereka tidak menyokong pasukan Sarawak?”, sambil beliau menegaskan bahawa pasukan Sarawak adalah pasukan milik orang Sarawak sendiri, dan sikap patrotik tersebut boleh ditonjolkan dengan menyokong pasukan Sarawak.

Beliau turut mempersoalkan jika peminat enggan menyokong Sarawak, siapakah lagi akan mengokong pasukan tersebut?.

Saidol dalam pada itu turut meminta kumpulan penyokong bersabar dengan situasi pasukan Sarawak FA sambil menyatakan bahawa perkembangan sukan (bola sepak) mengambil masa yang lama, sambil menjelaskan pihaknya bangga apabila ada pemain yang mendapat tawaran bermain di tempat lain, dengan pendapatan yang tinggi.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan, penolong jurulatih Sarawak FA Pengiran Bala, dan Ketua Jurulatih FAS, Ian Gillan.

15 COMMENTS

  1. Apaguna Menang Sorak Kampung Tergadai….mereka memang ‘kalau boleh’ memang nak main dgn negeri sendiri tp tpaksa bkelana dia negeri org sbb nak survival dlm karier bolasepak mereka, fas gagal bersaing dgn negeri/club lain dlm soal gaji..

  2. Apa gunanya mun semangat nak.naikkan pasukan dah lemah…bagus cuba nasib ke pasukan lain..mun ada pelapis2 pemain sarawak yg semangat kuat nak.naik kan pasukan sarawak….x kesah lah mana2 pemain yg nak berhijrah ke pasukan lain..

  3. Bila ada jwtn dlm persatuan mmg sembang kencang try x da jwtn tgok mcmharam jg ko.. Igtkn slpas 40 thn team makin Bagus rupanya makin berulat tggu masa ja mereput..pastu nk sembang bb sokongan, ini malysia la budaya bolasepak x sama mna team asyik kalah mmg x da la penyokong, klu bayar bangla pn blum tentu dtg tgok game.

  4. 12. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, K Thanaraj terhadap Persatuan Bolasepak Sarawak berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak
    Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan Persatuan Bolasepak Sarawak dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM60,000 dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini. Jika Persatuan Bolasepak Sarawak gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.
    13. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Iqbal Bin Mohd Suhimi terhadap Persatuan Bolasepak Sarawak berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak
    Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan Persatuan Bolasepak Sarawak dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM58,000 dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini. Jika Persatuan Bolasepak Sarawak gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk pertimbangan dan keputusan rasmi

  5. Selam sejahtera , amat baik apa yang dikatakan oleh Abdullah Saidol. Di sini Saya sebagai perminat sukan no.1 Dan penyokong setia pasukan SARAWAK. Saya Mungkin bodoh, tetapi Saya ingin nak tahu.
    1) Apa kurang nya Pengiran Bala ? Sampai s’wak memerlukan kelibat coach dari luar ?
    2) Apa kurang nya permain anak s’wak yang sedia ada ?
    3)Kenapa harus kita mendapatkan hidmat permain import dalaman.

Comments are closed.