Pasukan Liga Bolasepak Rakyat Sibu tidak akan ke Miri untuk perlawanan play-off LBR pada 23 Disember ini berpunca daripada ketiadaan dana pasukan.
Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Sibu, ASP Kushairy Bujang, yang dihubungi SarawakCrocs mengesahkan bahawa pasukan Sibu tidak akan dapat untuk menghadiri perlawanan tersebut kerana ketiadaan penaja untuk membawa pasukan ke Miri.
Tambahnya lagi, pihak Persatuan Bolasepak Sibu telah kekurangan dana semasa penyertaan mereka dalam kejohanan Piala Sarawak yang disertai November lalu.
Beliau turut menyatakan bahawa pihak persatuan belum menerima baki subsidi yang belum dilangsaikan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) selepas Piala Sarawak berlangsung.
Beliau turut memohon maaf kepada semua pihak atas masalah yang berlaku dan mengucapkan tahniah kepada pasukan Miri yang layak ke pusingan seterusnya.
Ketidakhadiran Sibu pada perlawanan 23 Disember ini mengesahkan tempat Miri di pusingan seterusnya LBR.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



NO MONEY
NO TALK
NO BELACAN,
Kesian…Rm3 saja saving.
Tn Kushairy Bujang ….sik patut.
Aiiik…..sik patuuuuuuut
Pengurusan lembab
ke mana tumpah nya kuah kalau tidak ke nasi.. renungkanlah
Sayang btl… Tedah ngan miak….
Iboh men boi..main teben ajak
Kesian prayers,.
Udah abis kena xmas nya bedau agi k taun bru