Pasukan Kuching – Gedong Gators tersingkir dari saingan Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan biarpun berjaya menumpaskan pendahulu kumpulan, Tawau FA Sabtu lalu di Stadium Negeri.

Pasukan Kuching – Gedong Gators FC berjaya menumbangkan Tawau FA dengan jaringan 3-1.

Namun, kemenangan tersebut ternyata tidak mampu melonjakkan pasukan untuk mara ke pusingan suku akhir LBR Kebangsaan.

Pasukan Tawau yang terlebih dahulu layak ke pusingan suku akhir dengan kutipan 11 mata dari 5 perlawanan terdahulu, bertandang ke Kuching sekadar untuk melengkapkan jadual saingan peringkat kumpulan.

Pasukan Kuching – Gedong Gators pula hanya mengutip 6 mata dari 5 perlawanan, sekaligus memerlukan kemenangan dan ‘keajaiban’ untuk mara apabila pasukan Miri FA berjaya mengutip 7 mata dari 5 perlawanan terdahulu.

Dalam pada itu, pasukan Miri FA berjaya membenam Keningau FA sekaligus melenyapkan harapan Kuching- Gedong Gators untuk mara ke pusingan suku akhir dengan kutipan 10 mata dari 6 perlawanan.

Keputusan kumpulan D selepas 6 perlawanan ada seperti berikut : Keningau 11 mata, Miri 10 mata, Kuching – Gedong Gators

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE