Lagenda bolasepak Sarawak meninggal dunia

Bekas pemain bola sepak Sarawak, Sazali Mohamed Ramli (gambar), 40-an, yang menaikkan nama skuad Bujang Senang dalam perlawanan Piala FA Malaysia pada 1992, meninggal dunia di Bintulu hari ini.

Sazali yang kini bertugas sebagai Polis Bantuan di Syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) meninggal dunia ketika sedang bersenam di Taman Millenium di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Bintulu, Supritendan Madang Usat berkata, beberapa saksi di tempat kejadian memberitahu mangsa dilihat sedang berlari di taman tersebut sejak pukul 6.30 pagi sebelum terjatuh dan terus terbaring di bahagian pejalan kaki.

Sumber:
Bekas pemain bola sepak Sarawak meninggal dunia @ Utusan Malaysia
Keratan gambar dari Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top