Di saat segalanya nampak hebat di televisyen, wujud segelintir penyokong Sarawak yang bertindak liar dan bodoh apabila bertindak membaling objek dan mercun ke dalam kawasan padang malam tadi, sekaligus menggagalkan kempen #BolaTanpaMercun yang dijalankan penyokong setia Sarawak FA.

Sumber kami memaklumkan bahawa kejadian memalukan itu bertambah buruk apabila ada sesetengah penyokong di Gate B Stadium Negeri bertindak memecahkan pintu stadium untuk masuk ke kawasan padang.

Tindakan mereka ini mendapat teguran ramai kumpulan penyokong bolasepak Sarawak di media sosial termasuk kumpulan UltraCrocs yang turut meminta maaf kepada penyokong Pahang yang hadir. Mereka turut menyifatkan bahawa kumpulan yang melakukan kekecohan adalah ‘Perosak bolasepak Sarawak’.

Laman Facebook Info Bolasepak Sarawak dan Malaysia pula berkata “mereka malu dgn tingkahlaku segelintir pnyokong sarawak yg kurang DIDIKAN terlalu ekot emosi yg nikam mercun,air,sampah dan yg molah provakasi kt pnyokong selpas game mlm tdik”.

Luahan sama turut dikongsi Sarawak Football yang memiliki hampir 95,000 pengikut di Facebook yang mana mereka berkata “Sarawak Football ingin meluahkan rasa kecewa kepada sikap sebahagian kecil penyokong kita yang begitu ‘cerdik’ hari ini.” Tambah Sarawak Football “Minta maaf banyak2 Penyokong Pahang serta Elephant Army Ultras, Kerana sikap bodoh segelintir penyokong kami…”

Sarawak FA Fans dan Crocs News Update juga turut sama memohon maaf kepada penyokong Pahang yang hadir di stadium kerana insiden yang berlaku, sambil kedua-dua wakil penyokong Sarawak menyelar sikap segelintir penyokong Sarawak itu sebagai “amat memalukan”.

Gambar ehsan Sarawak Football

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey