Kuching teruja dapat jumpa JDT FC

Pasukan yang baru berusia lima tahun, Kuching FA (Kuching CIty FC) teruja bakal dapat bertembung dengan juara tujuh kali Liga Super, JDT FC.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Kuching, Akira Higashima dalam satu temuramah dengan Astro Arena.

“Kami amat bertuah (dapat bertemu JDT) dan saya amat teruja,” kata Akira kepada Nadi Arena.

“Kerana kami sudah bersedia untuk bersaing dengan JDT.” katanya lagi.

Dalam pada itu, Akira juga mengakui pengalamannya sebagai jurulatih adalah terhad, namun keyakinan beliau terhadap pasukan bimbingannya adalah baik.

“Benar, saya mempunyai sedikit pengalaman tetapi sebagai jurulatih, saya amat yakin.

“Saya berkongsikan falsafah dan kisah saya kepada pemain dan saya fikir mereka baik-baik sahaja.

“Saya berbangsa Jepun, saya tidak akan mengaku kalah. Saya bekerja keras setiap hari dan mungkin kebanyakan pemain sudah faham dengan falsafah saya. Mungkin 99.9 peratus daripada mereka.

“1 peratus lagi akan dapat dilihat malam esok,” katanya.

JDT akan melayang kunjungan Kuching malam ini dengan Kuching layak ke Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung oleh Unifi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top