Kelab bola sepak Sarawak United meneruskan rentak kemenangan mereka dengan menewaskan pasukan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhamman – IV sebentar tadi.

Pasukan bimbingan E. Elavarasan itu mempamerkan corak permainan yang kemas dan teratur untuk menyerap serangan – serangan yang dilakukan pasukan tuan rumah, sebelum meledakkan gol kemenangan melalui pemain import, Lee Chang Hoon.

Chang Hoon merembat masuk gol kemenangan pada minit ke-38, dan kelebihan gol tunggal itu kekal untuk Sarawak United sehingga akhir perlawanan.

Kemenangan ini bermakna Sarawak United meneruskan pengusaaan mereka di Liga Premier, sekaligus menyaksikan mereka semakin menghampiri impian mereka untuk ke Liga Super pada musim hadapan.

Selain itu, Sarawak United turut berjaya mengekalkan rekod tanpa bolosnya pada perlawanan ini, sekaligus memberikan Sarawak United gelaran pertahanan paling kental dalam Liga Premier setakat ini.

Kemenangan Sarawak United ke atas Kelantan ini walaubagaimanapun tidak mengubah kedudukan pasukan tersebut di tangga kedua liga kerana perbezaan gol memberikan kelebihan kepada pasukan Negeri Sembilan untuk terus menerajui Liga Premier.