Kuching FA bersedia untuk menyinar

Pasukan Kuching FA kini dilihat bersedia untuk hadapi cabaran Piala FAM 2017 selepas dengan jayanya melancarkan logo dan jersi mereka kelmarin.

Dibarisi pemain-pemain bintang, termasuk ramai bekas pemain Sarawak, pasukan kendalian Sahrizan Sahari dilihat bakal memberikan cabaran sengit dalam kejohanan Piala FAM 2017.

Di media sosial, kemunculan sebuah lagi pasukan daripada bumi Sarawak diterima secara positif, dengan warga Kuching pada umumnya, bersemangat untuk menyaksikan pasukan tempatan ini membawa kejayaan kepada bahagian mereka.

Pasukan Kuching FA dijangka memulakan cabaran Piala FAM pada 12 Februari hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top