Pasukan Kuching FA telah mendapat kelulusan dari Malaysia Football League (MFL) untuk menjalani latihan.

Berita kelulusan tersebut telah diwar – warkan oleh pasukn Kuching FA di laman sosial mereka.

Kelulusan tersebut diperolehi selepas pasukan Liga Premier tersebut lulus ujian calitan Covid-19 yang mana menyaksikan semua pemain dan jurulatih pasukan tersebut bebas daripada virus tersebut.

Dalam perkembangan sama, Kuching FA juga telah memulakan proses sanitasi Stadium Negeri yang mana menjadi medan latihan utama pasukan tersebut.

Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatan kawasan tempat duduk pemain, serta gawang gol disanitasi oleh pihak Kuching FA, dengan label – label berkaitan juga dinaikkan bagi memastikan penjarakan sosial diantara pemain sentiasa dipatuhi.

Pasukan tersebut juga telah memasang papan tanda peringatan di sekitar kawasan stadium bagi mengingatkan pegawai dan pemain yang hadir agar sentiasa patuh akan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak MFL bagi membendung Covid-19.