Presiden Persatuan Bolasepak Kapit hari ini menafikan bahawa pasukan Borneo Leopards,  yang mewakili bahagian tersebut di dalam Liga Bolasepak Rakyat (LBR),  menurunkan pemain tidak sah. 

Menurut Presidennya Kennedy Kuyang, beliau tak tahu yang Kapit FA melanggar syarat kelayakan pemain kerana semua pemain Leopards didaftarkan berlandaskan syarat yang telah dihantar oleh pihak LBR dua hari selepas taklimat di Merdeka Palace.

Tambah Kennedy, syarat yang diguna pakai oleh Leopards adalah syarat terkini, dan jika bantahan telah dibuat, maka ianya bermakna pihak yang membantah tersebut turut membantah syarat yang dikeluarkan oleh pihak LBR.

Dalam pada itu, Kennedy memohon agar semua pemain Leopards fokus kepada perlawanan yang akan datang, dan beliau akan menunggu keputusan dari pihak tatatertib LBR berkenaan bantahan Sibu FA.

Menurut Kennedy, jika bantahan Sibu FA diterima, Kapit FA yang berada di bawah penyeliaan beliau,  akan buat pembelaan terhadap kes tersebut kerana beliau amat pasti bahawa Kapit tidak melakukan kesilapan di dalam hal ini.

Kelmarin, Sibu FA mengemukakan bantahan rasmi kepada pihak pengurusan LBR dengan mendakwa Borneo Leopards menurunkan pemain yang tidak sah.

5 COMMENTS

  1. ya lepas tok rule tok mok diubah.presiden ka,belia ka suruh main jk.dari game ya kita diat prestasi nya ok or x.mun x ok buang n ney tauk dalam belia or presiden nya reserve.tok peluangnya prove kemampuannya.xda guna sekat miak main.umur gk mudak juak dari x main.ujung2 main gam.huhu

  2. tang tandah jak kiak nok main…nama pun liga rakyat..mun nya makey geng dak andik tek kah komplen jak kau siya…kita tok nok carik bakat local bukan setakat nok menang ajak bos…nok kedak tok lah nyuruh fas sik ber presiden…semua nok ngeso pandey

Comments are closed.