Kuching FA U21 tewaskan SUC dalam aksi persahabatan

Pasukan Kuching FA U21 berjaya menewaskan pasukan Sarawak United C (SUC) dalam satu perlawanan persahabatan kelmarin.

Menurut laman sosial Kuching FA, perlawanan tersebut menyaksikan pasukan muda Kuching FA itu menang 2-1 ke atas SUC.

Untuk makluman, kedua-dua pasukan adalah pasukan bawah-21 tahun masing-masing.

Dalam pada itu, kedua-dua pasukan yang akan berentap di dalam pertandingan Piala Presiden musim ini yang dijangka akan bermula tidak lama lagi.

Dalam perlawanan persahabatan kelmarin, kedua-dua pasukan dilaporkan saling berbalas serangan namun ketajaman jentera serangan menjadi punca Kuching U21 berjaya menewaskan pasukan yang dimiliki Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), yaitu SUC.

Kedua-dua Kuching FA dan SUC merupakan pasukan baharu di dalam pertandingan Piala Presiden musim ini.

SUC adalah mewakli pasukan Sarawak United yang baharu sahaja diambil alih oleh FAS hasil penjenamaan semula Selangor United, manakala pasukan Kuching FA U21 pula merupakan pasukan yang dibentuk selepas Kuching FA melayakan diri ke Liga Premier musim ini.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top