Kuching FA gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tumpas dengan pasukan PJ Rangers dalam saingan Piala FAM petang tadi.
Perlawanan tadi turut menyaksikan bekas penjaga gol pasukan Sarawak, Mohd Fadzley Rahim kembali ke Stadium Negeri sebagai penjaga gol PJ Rangers.
Pasukan PJ Rangers bermula di depan apabila membuka jaringan seawal minit ke- 9 perlawanan.
Mereka sekali lagi di depan apabila menjaringkan satu lagi gol di separuh masa pertama perlawanan.
Kuching FA cuba bangkit untuk menggandakan asakan.
Hasilnya, Kuching FA berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke 88.
Serangan bertali arus Kuching selepas itu walaubagaimanapun gagal membuahkan hasil dengan perlawanan berkesudahan memihak kepada pasukan pelawat dengan jaringan 2-1.