Pasukan Limbang FA pulang dengan tangan kosong apabila tumpas dengan tuan rumah Labuan FA dalam saingan Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan baru baru ini.

Pasukan Labuan menggunakan peluang bermain di tempat sendiri sebaiknya apabila mendahului 2-0 di separuh masa pertama perlawanan.

Pasukan Limbang enggan mudah menyerah kalah apabila menyamakan kedudukan 2-2 pada separuh masa kedua.

Perlawanan memihak kepada pasukan Labuan apabila Labuan dianugerahkan sepakan penalti di minit minit akhir perlawanan.

Kekalahan tersebut meletakkan Limbang dengan hanya 2 mata dari 4 perlawanan dan menyaksikan pasukan Limbang belum berjaya mencatat sebarang kemenangan dalam saingan LBR Kebangsaan tahun ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here