Home Malaysian football Fuad bukan jurulatih Sarawak 2016, kekal hingga tamat Piala Malaysia sahaja

Fuad bukan jurulatih Sarawak 2016, kekal hingga tamat Piala Malaysia sahaja

Presiden persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Othman di dalam satu temubual telah memaklumkan bahawa pihak beliau tidak akan mengekalkan jurulatih Sarawak kini, Fuad Gbersik sebagai jurulatih utama pasukan Sarawak.

Sebaliknya, seorang jurulath lain akan dilantik oleh Sarawak. Menurut Sudarsono, pihak beliau sememangnya ingin mengekalkan Fuad, namun FAS harus melihat struktur pembangunan bolasepak Sarawak terlebih dahulu dan Fuad dilihat lebih sesuai menggilap bakat-bakat muda.

Dalam pada itu, Fuad akan kembali menerajui pasukan belia Sarawak apabila kempen Piala Malaysia berakhir, dan tempat beliau akan diganti. Tambah Sudarsono, pihak FAS berharap Fuad mampu memantapkan lagi barisan pelapis Sarawak.

Sudarsono dalam pada itu turut memaklumkan bahawa pihak FAS sudahpun menyenarai pendek jurulatih untuk Sarawak 2016, dan mereka akan mengumumkannya sebelum musim 2016 bermula. Fuad walaubagaimanpun akan kekal sebagai jurulatih Sarawak sehingga Piala Malaysia 2015 berakhir.

Sumber: BP

PESANAN BERBAYAR:
Festival Komuniti Media Sosial terbesar bakal berlangsung 12 Sept ini (Sabtu) di CityOne Megamall. Mari sertai festival ini! Pelbagai acara bakal berlangsung seperti persembahan artis Youtube, permainan, eGames dan banyak lagi. Masuk percuma. Festival bermula jam 1030AM.
Hashtaglive Kuching

RECOMENDED LINKS: