Kuching FA pasukan pertama lawan JDT di Stadium Sultan Ibrahim

Kuching FA menjadi pasukan luar pertama berkunjung dan bermain di Stadium Sultan Ibrahim.
Penghormatan kepada Kuching FA menjadi pasukan pertama selain JDT bermain di stadium tersebut dimaklumkan sendiri oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui akaun media sosial rasminya.
Dalam perlawanan persahabatan tersebut, JDT membelasah pasukan Kuching 4-0 dengan jaringan oleh Diogo Luís Santo pada minit ke-35, sebelum Hazwan Bakri menggandakan kelebihan JDT pada minit ke-65.
Pemain import JDT Leandro Sebastián Velázquez menambah derita Kuching pada minit ke-69, sebelum Liridon Krasniqi melengkapkan kemenangan bergaya pasukan tuan rumah pada minit ke-71.
Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium baharu pasukan JDT yang dibina khas untuk bola sepak.
Ianya akan menjadi gelanggang utama JDT bermula musim ini selepas JDT meninggalkan Stadium Larkin pada penghujung musim lalu.
Dalam perkembangan sama, Kuching kini berada di Semenanjung Malaysia untuk beberapa aksi pemanas badan sebelum memulakan kempen sulung mereka di Liga Premier Malaysia.
Kuching berjaya melayakkan diri ke Liga Premier musim ini selepas menewaskan Sarawak United B dalam aksi play-off musim lepas.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top