Kelab Bolasepak Sarawak United B (SUB) akan memulakan pencarian pemain bagi mewakili pasukan tersebut di Liga M3 minggu hadapan.

Menurut laporan akhbar Utusan Sarawak, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais dipetik sebagai berkata bahawa pemilihan pemain bagi SUB akan diadakan pada 18 dan 19 Januari ini.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

Laporan akhbar sama turut memaklumkan bahawa Posa juga berkata bahawa pemilihan akan bermula pada jam 8.30AM di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching.

Turut dimaklumkan di dalam laporan akhbar tersebut adalah bahawa semua pemain yang terpilih akan perlu menetap di Selangor kerana pasukan SUB akan bertapak di Selangor dan memainkan semua perlawanan ‘home’ mereka di sana.

Pasukan SUB adalah pasukan Sarawak FA yang dijenama semula selepas exco FAS meluluskan pengambilalihan dan penjenamaan semula kelab Selangor United.

SUB yang juga dilihat sebagai pasukan Sarawak yang ‘original’ oleh sesetengah peminat.

Sungguhpun demikian, pasukan yang tersingkir ke Liga M3 ini akan menukar pusat mereka ke Selangor dengan pasukan Selangor United yang kini dijenama semula sebagai Sarawak United A (SUA) bermain di Stadium Negeri.