Pantai Damai FC (PDFC) hari ini mengesahkan kejuaraan mereka di dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Abang Johari 2019/2020 apabila menewaskan pasukan 3 Lions Rakan Cop 3-1 di dalam aksi akhir hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching menyaksikan Pantai Damai mendahului seawal minit ketujuh menerusi Mohammad Hafiz Abu Bakar sebelum Mohd Muizzudin Muqri Mazalan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-37 bagi menggandakan kelebhan jaringan Pantai Damai.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

3 Lions Rakan Cop kemudiannya merapatkan jurang gol pada minit ke-45 menerusi Iqmal Mustaqkim Kamrodin, namun Wan Badzreen Wan Yusuf memastikan 3 Lions Rakan Corp tidak lagi mampu mengejar kelebihan Pantai Damai apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-72.

Kejuaraan Pantai Damai menyaksikan pasukan tersebut membawa pulang wang tunai RM5,000 selaku juara kejohanan.

3 Lions Rakan Cop pula meraih RM3,000 sebagai naib juara dan pasukan nombor ketiga bersama, Kasika CF dan Yayasan Sarawak masing-masing dihadiahkan RM1,000.