Pada 2 Mac yang lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia untuk membuka dua slot ke Liga FAM bagi mana-mana pasukan yang memasuki perlawanan akhir Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Kebangsaan.

Dengan kejayaan manis Persatuan Bolasepak Kuching melangkah ke perlawanan akhir pada 28 Mei kelak, harapan peminat bolasepak Sarawak adalah sudah pasti untuk menyaksikan satu lagi pasukan dari Sarawak bermain di dalam salah satu liga professional di Malaysia.

Sungguhpun demikian, seperti juga pasukan Ibraco FC yang pernah ditawarkan tempat untuk bermain di salah satu liga professional Malaysia suatu ketika dahulu, keinginan Kuching FA berkemungkinan akan disekat oleh beberapa perkara yang getir dimiliki oleh sesebuah kelab bolasepak di Malaysia.

Dari pengamatan pihak kami, empat perkara dibawah bakal menjadi kekangan terbesar pasukan Kuching jika bertanding ke Liga FAM:

3PEMAIN PROFESSIONAL

Bila kita sebutkan ‘pemain professional’, rata-rata peminat berfikir bahawa ianya melibatkan pemain yang berkebolehan dan hebat. Namun, kesnya adalah tidak seperti itu. Pemain ‘professional’ bermaksud pemain tersebut bekerja sepenuh masa sebagai pemain bolasepak, dan tidak terikat di dalam kerjaya lain. Di dalam konteks ini, kebanyakan pemain Kuching FA kini adalah pekerja di dalam industri lain, selain bolasepak. Mereka perlu mendapatkan pelepasan jangka panjang dari majikan mereka atau berhenti kerja. Jika majikan enggan melepaskan mereka, maka pemain tersebut tidak akan dapat bermain di Liga FAM yang merupakan sebuah liga professional.  Isu ini tidak asing bagi Sarawak apabila beberapa pemain yang sepatutnya diambil oleh K Rajagobal gagal mendapatkan pelepasan majikan untuk mewakili pasukan Bujang Senang musim ini.

1 COMMENT

Comments are closed.