Kuching FA mungkin sambar ‘The Cleaner’

Kelab bolasepak Liga Premier mungkin akan menyambar pemain yang diberi jolokan ‘The Cleaner’.

Menurut laporan Utusan Borneo, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Iswandi Ali Hassan memaklumkan mereka bahawa pemain pertahanan dari Cameroon, Fredy Lobe Mbang. akan cuba memikat barisan jurulatih Kuching bagi mengisi kekosongan yang ada di dalam slot pemain import Kuching FA.

Pemain bertubuh sasa itu kali terakhir bermain untuk pasukan Green Archers United yang bersaing dalam Liga Bola Sepak Filipina.

Tidak banyak lagi diketahui berkenaan Fredy melainkan beliau bukan sahaja memiliki skil mengawal bola yang baik, dan berkebolehan menjaringkan gol biarpun bermain sebagai pemain pertahanan.

Kuching FA kini di dalam proses terakhir menamakan pasukan mereka di Liga Premier dengan pemilihan beberapa pemain import menjadi antara pemain terakhir yang sedang dicari.

Buat masa ini, Kuching telah mengesahkan mereka telah menandatangani pemain import hebat Akira Higashiyama dan mengekalkan Yuta Suzuki bagi mengisi dua slot pemain import mereka.

Dua lagi slot pemain import masih lagi terbuka untuk diisi kekosongannya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top