Kuching FA menang lawan JBFA

Kuching mengekalkan momentum hebat di Liga M3 apabila menewaskan pasukan Johor Bharu FA 1-0 di laman sendiri malam tadi.

Turun dengan hasrat terus kekal sebagai pendahulu liga melalui kemenangan, Kuching tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu Johor Bharu.

Keadaan memaksa Johor Bharu bertahan dan hanya melaksanakan serangan-serangan kilat.

Sunguhpun demikian, kedua-kedua pasukan terus buntu menjaringkan gol sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kuching menambahkan lagi serangan ke atas kubu Johor Bharu dan pada minit ke 78, usaha mereka membawa hasil apabila Hafis Saperi menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Kedua-dua pasukan sering berbalas serangan selepas itu, namun kedudukan memihak Kuching kekal sehingga masa penuh.

Kedudukan itu memberikan Kuching tiga mata berhanrga dan terus meletakkan Kuching sebagai pendahulu di Liga M3.

Kuching FA 1 – 0 Johor Bharu FA

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top