Perlawanan Sabah FA menentang Kelantan FA malam tadi menyaksikan 10,200 peminat membanjiri Stadium Likas.
Jumlah tersebut adalah jumlah rasmi yang dimaklumkan selepas perlawanan.
Perlawanan tersebut, yang juga merupakan perlawanan meraikan kejuaraan Liga Premier bagi Sabah, telah menarik minat ramai peminat bolasepak Sabah ke stadium bagi meraikan piala pertama bagi Sabah FA selepas 23 tahun.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Sungguhpun demikian, jumlah kehadiran tersebut masih dianggap rendah memandangkan Stadium Likas berkapasiti 32,000.
Ini sekaligus menyaksikan stadium tersebut tidak terisi sehingga separuh pun dari kapasiti sebenar malam tadi.
Adalah dipercayai bahawa kekurangan kehadiran penonton adalah disebabkan tindakan beberapa kumpulan peminat bolasepak Sabah yang bertindak tegas tetap mahu memboikot semua perlawanan di Stadium Likas bagi menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap cara peminat bolasepak Sabah dilayan.
Dalam perkembangan sama, Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) juga telah mengedarkan baju Tembadau di dalam stadium.
Sabah telah memenangi perlawanan menentang Kelantan malam tadi melalui jaringan gol sendiri oleh Mohd Fikri dan sekaligus dinobatkan secara rasmi sebagai juara Liga Premier 2019.