Home Malaysian football Ian Gillan tuntut hutang gaji dari FAS

Ian Gillan tuntut hutang gaji dari FAS

Ian Gillan interview
Ian Gillan interview

Mantan Ketua Jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan dilaporkan masih lagi menagih gaji daripada bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Menurut artikel dari laman CAKAPSUKAN, Gillan yang kini bersama Kedah FA, mendakwa bahawa FAS telah diarahkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk melunaskan hutang gajinya pada tahun lepas.

Sungguhpun demikian, FAS masih belum melunaskan bayaran tunggakan gaji, cukai dan faedah 5 peratus sehingga hari ini dakwa Gillan.

Gillan mendakwa kegagalan FAS berbuat demikian menyebabkan beliau mempunyai pelbagai masalah khususnya membabitkan hal perbankan.

Dakwanya lagi, masalah cukai telah menyebabkan beliau juga tidak dapat mendapatkan visa kerja yang lengkap.

“Kerana Sarawak tidak melangsaikan cukai, saya berdepan pelbagai masalah setiap hari terutamanya isu membabitkan bank kerana saya tidak boleh mendapatkan visa. Jika cukai tidak diselesaikan, timbul masalah visa.” kata Gillan kepada CakapSukan.

Beliau juga mendakwa bank enggan membenarkan wang gajinya dari pihak Kedah FA dimasukkan ke akaun beliau kerana masalah cukai dan visa telah membawak kepada masalah ini.

“Bank tidak benarkan duit didepositkan ke dalam akaun atau pun melakukan pindahan wang. Gaji saya bersama Kedah tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun kerana ianya disekat ekoran masalah visa dan cukai.” jelasnya lagi.

“Ia menjadi detik paling sukar dan orang tidak akan faham sehingga mereka sendiri yang jadi mangsa keadaan,” katanya lagi.

Pihak SARAWAKCROCS telah berhubung sendiri dengan Gillan dan beliau mengesahkan berita yang disiarkan CAKAPSUKAN itu.

Tambah Gillan, beliau mahukan bayaran disegerakan serta merta kepada peguam beliau supaya semua orang, termasuk dirinya, boleh meletakkan masalah ini di belakang.

” Bayaran adalah lambat tetapi saya masih berharap mereka akan mula membayar hutang gaji saya kepada peguam saya secepat mungkin agar semua orang boleh ‘move on’ dalam situasi ‘norma baharu’.
jelas Gillan.

Gillan merupakan bekas ketua jurulatih pasukan Sarawak FA yang dibawa masuk Presiden FAS, Posa Majais pada tahun 2018 dengan kontrak selama dua tahun.

Adalah diharapkan isu ini akan selesai secepatnya kerana kes ini telah berlarutan selama lebih dua tahun.

RECOMENDED LINKS: