Kelab Bolasepak Kuching FA berjaya mendapatkan lesen kelab bola sepak bagi mebolehkan pasukan tersebut bermain tanpa halangan di Liga Premier musim ini.

Adalah difahamkan, Kuching FA berjaya mendapatkan lesen tersebut biarpun ianya merupakan cubaan pertama pasukan muda tersebut mendapatkan lesen kelab bola sepak dari pihak perlesenan kelab Persatuan Bolasepak Malaaysia.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

Lebih membanggakan, urusan mendapatkan lesen tersebut dikhabarkan hanya mengambil masa kurang dua bulan kerana ianya hanya dibuat selepas Kuching sah mendapatkan tempat di Liga Premier musim 2020.

Lesen kelab bolasepak merupakan syarat penting yang harus dimiliki setiap pasukan yang bertanding di dalam Liga Malaysia dan ianya hanya diberikan selepas pasukan yang memohon lesen tersebut melalui audit dari pelbagai sudut termasuk kewangan, pengurusan dan kemudahan.

Kuching FA sebagai pendatang baharu Liga Premier musim ini telah perlu memohon lesen tersebut apabila berjaya melayakkan diri secara merit ke liga bolasepak profesional Malaysia selepas mengalahkan pasukan Sarawak United B (dahulu dikenali sebagai Sarawak FA) di dalam saingan playoff Liga Premier 2020.

Lesen kelab bola sepak sebelum ini pernah dipohon oleh FAS untuk Sarawak United B (SUB) sewaktu pasukan tersebut bermain di Liga Premier dan Liga Super.

Walaubagaimanapun, permohonan FAS untuk lesen kelab bolasepak SUB tidak diluluskan ekoran beberapa masalah.

SUB akhirnya mendapat lesen kelab bola sepak secara bersyarat pada akhir musim 2019, namun pasukan tersebut kemudiannya tersingkir ke Liga M3 yang merupakan liga amatur bola sepak Malaysia.

Liga amatur tidak memerlukan lesen kelab bola sepak.