Pasukan Liga M3, Kuching FA telah kehilangan Mohd Zainuddin Bohri selepas beliau disahkan cedera serius selepas perlawanan menentang pasukan DDM FC minggu lepas.
Menurut laporan Utusan Borneo, kecederaan Zainuddin disahkan oleh Ketua Jurulatih Kuching Ideris Untong yang berkata “Kecederaan Mohd Zainuddin agak serius dan beliau akan berehat untuk tempoh agak lama. Agak malang baginya dan skuad Kuching FA kerana beliau baharu pulih daripada kecederaan lutut kiri.”
Adalah difahamkan bahawa Zainuddin mengalami kecederaan lutut kanan kali ini.
Zainuddin yang merupakan pemain sayak pasukan Kuching merupakan antara pemain utama pasukan Kuching musim ini.
Kecederaan yang dialami beliau bermakna beliau akan terlepas perlawanan Kuching menentang Penjara FC malam ini di Stadium Sarawak.
Beliau juga dijangka tidak akan dapat beraksi untuk beberapa perlawanan akan datang.
Kuching FA kini di tangga teratas Liga M3 dan dijangka tidak mempunyai masalah mengekalkan kedudukan meraka dengan memperolehi kemenangan menentang Penjara malam ini.