Home Malaysian football Robert hanya mahu uji pemain pertahanan

Robert hanya mahu uji pemain pertahanan

Jurulath kelahiran Belanda, Robert Alberts menyatakan bahawa beiau hanya mahu mencari pemain pertahanan bagi menggantikan pemain Ronald Hikspoor yang kini dilanda kecederaan.

Menurut Robert, beberapa pemain dari Eropah bakal tiba di Kuching dalam minggu ini untuk sesi ujian, dan beliau berharap akan menemui penganti Ronald yang dicari.

Dalam perkembangan sama, Robert turut mengesahkan bahawa pihak pengurusan Sarawak telah memberi lampu hijau kepada beliau untuk mencari pemain import gantian bagi Ronald Hikspoor.

Sarawak perlu menandatangani pemain import yang baru selepas Ronald Hikspoor tercedera di dalam perlawanan menentang Selangor beberapa minggu lepas.

Sumber: NST

RECOMENDED LINKS: