Pasukan Harimau Malaya yang dibimbing Tan Cheng Hoe bakal mendapat aksi tambahan sebelum mereka berdepan Thailand dan Indonesia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menumumkan perlawanan persahabatan dengan pasukan Tajikistan pada bulan November bagi memberi pasukan negara persediaan lebih untuk dua perlawanan penting itu kelak.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Pasukan Tajikistan yang berada di kedudukan 115 dunia, dilihat sebagai lawan yang sesuai untuk Malaysia kerana mereka dianggap ‘setaraf’ dengan pasukan Thailand yang bakal berkunjung ke Bukit Jalil kelak.

Ini adalah kerana pasukan bimbingan Akira Nishino kini berada dikedudukan 114, dengan ranking mereka dijangka bertambah baik apabila ranking diumumkan tidak lama lagi oleh Perbadanan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Malaysia sebelum ini tewas kepada Vietnam pada aksi Kelayakan Piala Aisa 2013, dan akan berharap perlawanan menentang Tajikistan mampu menjadi penanda aras berkenaan persediaan Malaysia ke arah perlawanan penting menentang Thailand.