Kuching FA dapat import free!

Kelab bolasepak Kuching FA mendapat dua pemain import secara percuma, jika pemahaman kami betul.

Menurut kenyataan pasukan tersebut di laman sosial mereka, dua pemain daripada Jepun akan dirangkumkan ke dalam kerjasama dengan pihak Yakult Malaysia, sekaligus memberikan gambaran bahawa pasukan tersebut bakal menggunakan khidmat pemain Jepun secara percuma.

Kuching kini telah mengambil dua pemain import dari Jepun, yakni Yuta Suzuki dan Akira Higashiyama.

Dalam perkembangan sama, kerjasama Kuching FA dan Yakult juga akan menyaksikan empat pemain Sarawak bawah 15 tahun di bawa berlatihan dan beraksi di Osaka pada 19 April 2020.

Kerjasama tersebut juga menyaksikan penonton bertuah pasukan Kuching memenangi tiket dan penginapan ke Osaka untuk menyaksikan perlawanan J-League.

Pasukan Kuching FA adalah antara pasukan kuda hitam di dalam Liga Premier yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Pasukan hebat ini berjaya mendapat beberapa kejuaraan di dalam tempih empat tahun penyertaan mereka di dalam liga – liga bolasepak amatur dan domestik Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top