11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemain lagenda, Amri Yahyah didakwa sah akan ke Sarawak United A (SUA).

Beliau kini bersama pasukan tersebut di Kuala Lumpur dan dijangka akan diturunkan bersama pasukan SUA apabila pasukan tersebut menentang pasukan Kuala Lumpur FA malam ini.

SHOPEE

Amri, 39 tahun merupakan pemain penyerang ternama yang pernah bermain dengan pasukan Selangor FC, Melaka United dan JDT FC.

Berita penyertaan Amri dikhabarkan oleh laman facebook Shoot Sampe Bisak (SSB) dengan mereka mengeluarkan gambar penyerang tersebut bersama dua pemain lain.

Seorang lagi pemain yang didakwa menyertai SUA adalah Fauzi Roslan yang merupakan bekas pemain Pahang FC dan Kelantan FA.

Fauzi, berumur 31 tahun dan beliau merupakan pemain penyerang dan sayap juga pernah mewakili pasukan kebangsaaan.

Seperti Amri, beliau pernah mewakili pasukan Pahang FC, Melaka United dan Kelantan FA.

Turut kelihatan adalah Syukri Azman.

Syukri yang baru berumur 22 tahun merupakan pemain pertahanan yang pernah bermain dengan Selamgor FC.

Ketiga-tiga trio ini didakwa sudahpun sah menjadi milik SUA yang mana merupakan antara pasukan bola sepak yang sedang meningkat naik.

Biarpun demikian, dengan penyertaan pemain bintang ke pasukan tersebut, SUA dijangka akan menjadi pasukan yang hebat dan mampu bersaing di Liga Premier, dan seterusnya melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan.