Kelab Bolasepak Kuching FA telah membuat pengumuman rasmi bahawa jersi baharu mereka akan dilancarkan pada bulan February kelak.
Tidak banyak yang dikhabarkan selain daripada itu, selain perkongsian bahawa jersi tersebut mungkin berwarna putih.
Buat masa ini, perkara yang sah adalah Kuching FA akan ditaja oleh Starsport yang mana merupakan jenama milik LSC.
Kuching FA menggunakan warna hijau sebagai tradisi mereka dan warna putih telah digunakan sebagai warna jersi untuk perlawanan di tempat lawan.
Memandangkan jersi Kuching FA dibuat oleh Starsport, hadir kemungkinan bahawa rekaan kali ini untuk Kuching adalah unik.
Ini terutama sekali apabila pasukan itu seperti telah mengambilalih tempat Sarawak United B (dahulu dikenali sebagai Sarawak FA) sebagai pasukan bola sepak utama yang ditaja oleh LSC dan jenama Starsport.
Pasukan Sarawak United yang baru dibentuk oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan mengenakan jersi JOMA pada musim ini, meneruskan kesinambungan pasukan Selangor United (Kini dinamakan Sarawak United A) yang mengenakan jersi jenama tersebut sejak musim-musim lepas.
Sementara itu, jersi Tribal SarawakCrocs edisi terhad kini boleh ditempah di www.TheKedey.com pada harga RM60.