Pasukan Liga Premier Kuching FA bangkit untuk menang pada perlawanan pra-musim kedua pasukan tersebut.

Kuching FA menunjukkan aksi menarik di dalam perlawanan menentang Thai Selangor FC dengan pasukan bimbingan Ideris Untong mendahului menerusi Samsu Alam pada babak pertama perlawanan.

Gol dijaringkan apabila Samsu berjaya menolak masuk bola hantaran ke dalam kawasan penalti, sekaligus memberikan pasukan Kuching FA gol awal yang dicari.

Pada babak kedua, penyerang import Kuching FA pula berjaya meledakkan gol kedua.

Leonardo Passos Alves yang tidak dikawal di dalam kawasan penalti berjaya memperdaya penjaga gol pasukan Thai Selangor FC, sebelum bijak menolak masuk bola untuk gol kedua pasukan Thai Selangor.

Kedua – dua pasukan terus saling berbalas serangan selepas itu namun kedudukan 2-0 memihak Kuching FA kekal sehingga masa penuh perlawanan.

FT THAI SELANGOR 0 – 2 KUCHING FA