Pemain pertahanan kelahiran Sarawak, Rodney Celvin Akwensivie, tidak akan mewakili Malaysia selepas Ketua Jurulatih Malaysia Tan Cheng Hoe menggugurkan namanya daripada senarai akhir 23 pemain yang akan menghadapi Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pada perlawanan yang bakal berlansung kelak, Malaysia dijadualkan menentang Timor-Leste pada 7 dan 11 Jun 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Selain Rodney, dua lagi pemain yang digugurkan dari senarai akhir ialah Syahmi Safari dan Abdul Halim Saari.

Kedua-dua Halim dan Syahmi digugurkan selepas doktor mengesahkan mereka tidak sempat pulih sebelum perlawanan menentant Tomor Leste kelak.

Penguguran Rodney dari senarai 23-pemain akhir pasukan Harimau Malaya kendalian Cheng Ho menamatkan perwakilan dari Sarawak di dalam pasukan kebangsaan pada dua perlawanan antarabangsa sebelum ini.

Rodney adalah antara pemain utama pasukan Liga Super PKNS FC.

Sungguhpun demikian, peluang Rodney untuk dipanggil semula masih cerah memandangkan Rodney masih muda dan mempunyai banyak lagi peluang untuk dipanggil untuk perlawanan – perlawanan akan datang.