Kuching FA akan ikut garis panduan FAM

Kuching FA akan mengikut garis panduan pelarasan gaji yang disarankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk pemain dan pegawai bermula Mei ini.

Garis panduan tiga langkah yang diumumkan FAM itu menjelaskan secara terperinci jumlah pemotongan gaji yang dibenarkan oleh FAM bagi pasukan – pasukan Liga Malaysia apabila berdepan masalah kekangan kewangan bersempena Covid-19.

Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman memberitahu Suara Sarawak bahawa pasukan tersebut tiada masalah untuk melakukan apa yang diarahkan FAM dan beranggapan bahawa situasi kini adalah satu cabaran yang perlu diterima oleh semua pasukan.

“Ia melibatkan pemain tempatan, pemain import dan pegawai pasukan”

“Kita akur dengan apa jua keputusan FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Ia adalah satu cabaran yang harus diterima semua pasukan, sama seperti industri-industri lain yang turut terjejas akibat Covid-19,” jelas Fazzrudin.

Kuching FA telah mempertimbangkan untuk memotong gaji pemain sebelum ini sebagai salah satu kos penjimatan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top