Perlawanan persahabatan diantara pasukan Liga Premier Kuching City menentang pasukan Liga Super Sabah FC akan berlansung malam ini di Stadium Likas, Sabah.
Biarpun merupakan perlawanan persabahatan, perlawanan ini dianggap penting kerana ianya akan menemukan taktik dua jurulatih bola sepak Malaysia lagenda, yakni Ong Kim Swee dan Irfan Bakti Salim.
Dalam perkembangan berkaitan, jualan tiket Grandstand Utama untuk perlawanan ini yang berharga RM12 dilaporkan telah habis.
Perlawanan dijadualkan pada jam 8.15PM, dengan peminat dari luar kawasan diberi kemudahan menonton perlawanan tersebut secara siaran langsung berbayar.
Harga untuk menyaksikan siaran berbayar tersebut adalah RM7.90 sahaja.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menyemak pengumuman dari Sabah FC di bawah.