Kuching City teruskan momentum kemenangan dan hampiri slot Piala Malaysia

Kelab bola sepak profesional, Kuching City semakin hampir ke mencapai sasaran baharunya iaitu untuk layak ke Piala Malaysia pada musim ini.

Ini dilakukan petang tadi apabila pasukan bimbingan Irfan Bakti memungut mata penuh menentang pasukan Skuad FAM – MSN, sekaligus melonjakkan pasukan tersebut ke tangga ke-7 liga Premier.

Dalam perlawanan tersebut, dua penjaring gol utama Kuching City, Joseph Kalang Tie dan micheal Ijezie melengkapkan kemenangan Kuching City dengan dua jaringan menarik.

Joseph menjaringkan gol pada minit ke-13, manakala Ijezie menjaringkan gol pada beberapa minit selepas babak kedua bermula.

Kemenangan Kuching City itu bermakna pasukan tersebut kini menjadi pasukan keempat terbaik dalam liga, di antara pasukan yang layak untuk ke Piala Malaysia dari Liga Premier.

Lima pasukan terbaik Liga Premier akan layak ke Piala Malaysia.

// DAPATKAN JERSI KUCHING CITY MURAH

Sungguhpun demikian, Irfan belum boleh menarik nafas lega walaupun kini di kedudukan tersebut ekoran kedudukan Kelantan United yang masih boleh memintas kedudukan Kuching City sekiranya berjaya memungut mata penuh dalam dua perlawanan terakhirnya.

Menariknya, salah satu dari dua perlawanan yang harus dimenangi Kelantan United adalah menentang Kuching City.

Apapun, Kuching City kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan dan memastikan mereka akan melayakkan diri ke Piala Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top