Kelab bola sepak Kuching City terus ke Kuala Terengganu pada hari sama mereka menamatkan perlawanan mereka menentang Kelantan United kelmarin.
Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, berkata bahawa perlawanan menentang Kelantan United ‘anti-climax’ (tidak mencapai kemuncak) kerana pasukannya tidak dapat membariskan pemain – pemain terbaik beliau.
Ini adalah kerana pasukan beliau terpaksa terus ke Terengganu pada malam itu juga bagi memastikan mereka tidak terlepas perlawanan pertama Piala malaysia menentang Terengganu pada 26 September ini.
Dalam pada itu, irfan menjelaskan bahawa pihaknya merasakan menggunakan bas ke Terengganu adalah lebih sesuai kerana ianya lebih cepat berbanding menggunakan khidmat penerbangan kerana jikalau mereka menggunakan penerbangan, mereka masih terpaksa ke Subang di Kuala Lumpur dan akan tiba lewat di Terengganu.
// PROMOSI MURAH HARI GAJI
“Satu perlawanan yang anti-climax-lah kerana malam ini kami terpaksa ke Terengganu. Pukul 12, flight ada, tapi dari Subang, tapi sampai jam 5 petang, dan bukan dari sini (Johor)” kata Irfan selepas diminta mengulas berkenaan kekalahan pasukannya kepada Kelantan United selepas perlawanan.
“Jadi kami dalam keadaan letih macam ni, jadi baik kami pergi guna bas. Senang. Pergi malam ni, sampai besok, tidur.” ulas Irfan lagi.
Kuching City tewas kepada Kelantan United dalam aksi terakhir pasukan tersebut di Liga Premier kelmarin, dengan pasukan The Cats itu kini bergelut dengan jadual yang padat sejak pusingan kedua Liga Premier bermula ekoran beberapa perlawanannya terpaksa ditunda kerana SOP dan jangkitan Covid-19.