PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti melahirkan kekecewaan beliau kerana pasukan bimbingannya terpaksa bermain pada hari Ahad ini, selang hanya dua hari selepas perlawanan terakhir mereka di Liga Premier.

Jurulatoh berpengalaman itu berjata bahawa beliau tidak kecewa tewas dengan Kelantan United, tetapi dukacita dengan hakikat pasukannya terpaksa bermain lagi dalam perlawanan penting seawal Ahad ini.

Promosi RM1

Jelas Irfan, pihaknya terpaksa membuat rombakan kepada pasukan ekoran jadual perlawanan yang padat, dan mengakui bahawa mereka (Kuching City) juga sebenarnya mempunyai pilihan untuk sengaja tewas besar kepada Kelantan United jika mahu memudahkan urusan perjalanan mereka bagi perlawanan pertama Piala Malaysia.

Sungguhpun demikian, Irfan berkata pasukannya tidak berbuat demikian kerana ianya akan menjatuhkan maruah dan imej pasukan mereka dan pasukan The Cats telah mengambil keputusan untuk memberikan yang terbaik walaupun kesannya adalah mereka terpaksa memulakan perjalanan ke Terengganu sebaik berakhirnya perlawanan menentang kelantan United.

// LIHAT JUALAN SHOPEE TERKINI

“Saya dukacitalah. Bukan dukacita yang ni (kalah kepada Kelantan United). Dukacita kami terpaksa bermain lusa.” kata Irfan selepas perlawanan menentang kelantan United.

“Ini yang saya rasa sains sukan tak menggalakkanlah dalam keadaan 48 jam terus main perlawanan pertama Piala Malaysiap.

“Kami boleh saja kalah ni, tapi tak munasabah nak kalah. Kalau kami kalah 7-0 kami akan jumpa JDT, tapi pasukan apa macam ni kalau nak kalah 7-0? Mana imej kami?” jelas Irfan lagi.

Irfan dalam pada itu juga menafikan bahawa pasukannya sengaja memberi kemenangan mudah kepada Kelantan United dengan merehatkan beberapa pemain utama pada perlawanan terebut.

Jelas Irfan, lankah merehatkan beberapa pemain utama, dan mengeluarkan beberapa pemain utama lain terpaksa dibuat kerana jadual perlawanan yang mereka terpaksa lalui.

“Sudahlah kami main banyak perlawanan dalam sepuluh hari, tapi tak boleh dielakkan lah kerana Covid, jadi kami main lah.

“Kami terpaksa buat macam tu (merehatkan beberapa pemain utama). Pemain biasa pun saya kena bawa keluar sebab kita kene berkelana (travel). Kalau tidak parah.” ulas Irfan lagi.

Kuching City yang terus ke Terengganu pada malam mereka mengakhiri perlawanan menentang Kelantan United, dijadualkan membuka kempen Piala Malaysianya menentang Terengganu untuk perlawanan pembukaan kempen Piala Malaysianya Ahad ini.