Ramai yang tidak tahu akan kewujudan sebuah liga bolasepak amateur khas bagi warga Sabah dan Sarawak di Kuala Lumpur yang bernama Borneo Soccer League (BSL) KL.
Liga yang dimulakan oleh Dayak Aspiration Association (ASPIRASI) ditunjangi kini oleh 12 pasukan, yang bertemu lawan masing-masing di Padang Bolasepak Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. Untuk memastikan padang terjaga, disamping memahami kekangan masa setiap pemain yang bertanding, hanya dua perlawanan diadakan setiap bulan pada hujung minggu.
Terhad kepada pasukan-pasukan dan pemain-pemain dari Borneo Malaysia, yakni Sabah dan Sarawak, BSL telah memulakan musim 2016 pada Oktober 2016 lepas, dan dijangka menamatkan musim tersebut pada April ini, dengan Nabalu United dari Sabah yang kini mendahului saingan liga tersebut.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Menurut pengerusi penganjur, Vinceton Garawat, antara objektif utama BSL adalah untuk membolehkan masyarakat Sabah dan Sarawak berjumpa dan mengeratkan tali silaturahim melalui bolasepak. Tambah Vinceton, ianya juga berfungsi sebagai satu tempat untuk mencari bakat-bakat baharu bolasepak.
Sungguhpun bersifat amateur, perjalanan BSL dilihat menyamai penganjuran liga bolasepak profesional, termasuk wujudnya sistem statistik dan senarai pemain yang teratur. Tambah menarik pada liga ini adalah logo pasukan yang bertanding, yang rata-rata kelihatan amat profesional.
Bagi memastikan liga berpotensi ini lebih dikenali, pihak SarawakCrocs akan membawakan perkembangan BSL dari masa ke semasa dengan kerjasama pihak BSL.
BSL akan memulakan saingan pusingan kedua pada Mac ini.
Nk join
Michael Alkinson
sepatut nya main d borneo pun.liga ya…baru pemain nak berbakat d seluruh borneo d tawuk pasukan liga malaysia…bagi cdak nak bekerja d kuching ni dapat join liga ….
Bgus tok…untuk mencari bakat anak2 muda kita…
Come on wildhogs fc
Come on you Wildhogs FC. Haha bukan Spurs ka? Haha
Ciss…ada lg spurs tu
Sporting fc di tangga ke 3 .., siapa sangka ,, org ckap psukan kami underdog .., haha ,, kecil2 cili padi ba itu … Sia sma kwn sia sja dari sarawak join team tu …