Lanskap bola sepak tempatan sekali lagi digemparkan dengan perpindahan berprofil tinggi apabila bintang sayap kebangsaan, Safawi Rasid.

Safawi secara rasminya memilih untuk menyertai **Kuching City FC dengan perpindahanya disahkan Kuching City FC sebentar tadi.

Perpindahan ini bukan sahaja menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat Liga Malaysia, malah ia menandakan satu kenyataan yang jelas daripada kelab kepulauan Borneo itu: Mereka mahu mencabar pada musim akan datang.

Safawi bukan nama asing lagi dengan pemain yang terkenal dengan larian deras dan rembatan padu kaki kiri ini sebelum ini melalui fasa turun naik dalam minit permainan.

Kehadiran Safawi ke dalam skuad kendalian Aidil Sharin Sahak akan menyemarakkan lagi mentaliti kemenangan bilik persalinan Kuching City, serta memperkuatkan lagi ancaman bola mati The Cats.

Nama besar seperti Safawi juga secara automatik akan menarik tajaan baharu serta meningkatkan kehadiran penyokong ke stadium, sekali gus menghidupkan kembali “demam bola sepak” di bandar raya Kuching.

Dengan pengumuman Safawi, Kuching City kini telah mengesahkan perpindahan 5 pemain baru ke pasukannya untuk musim hadapan.