Kuching City FC terus memperkukuhkan jentera serangan apabila berjaya mendapatkan khidmat penyerang Bosnia dan Herzegovina, Ajdin Mujagić, bagi menghadapi saingan Liga Super Malaysia musim 2026/27.
Kehadiran beliau dijangka mampu menambah sengat di bahagian serangan skuad The Cats selepas dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ajdin bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia. Penyerang berketinggian 1.89 meter itu mula mencuri perhatian bersama Sabah FC sebelum menyertai JDT pada Januari 2026.
Beliau turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain pertama JDT menjaringkan hatrik pada penampilan sulung bersama kelab tersebut.
Dengan pengalaman beraksi di Liga Premier Bosnia, Liga Indonesia dan Liga Super Malaysia, Ajdin dijangka membawa dimensi baharu kepada serangan Kuching City FC.
Kemampuan beliau memegang bola, memenangi perebutan bola di udara serta penyudah yang tajam bakal memberikan lebih banyak pilihan taktikal kepada barisan kejurulatihan.
Biodata Ajdin Mujagić
– Nama penuh: Ajdin Mujagić
– Tarikh lahir:3 Januari 1998
– Umur: 28 tahun
– Tempat lahir: Tešanj, Bosnia dan Herzegovina
– Kewarganegaraan: Bosnia dan Herzegovina
– Ketinggian: 1.89 meter
– Posisi: Penyerang (Centre Forward)
– Kaki dominan: Kanan
– Kelab terdahulu: Borac Jelah, FK Mladost Doboj Kakanj, NK Jedinstvo Bihać, Persiba Balikpapan, Sabah FC, Johor Darul Ta’zim (JDT)
Kemasukan Ajdin Mujagić ke Kuching City memberi isyarat jelas bahawa Kuching City FC bukan sahaja mahu melengkapkan jadual pertandingan pada musim hadapan tetapi mahu bersaing secara serius di kelompok atasan Liga Super.
Selain Ajdin, kelab tersebut sudah mengumumkan 5 pemain berprofil tinggi sebagai pemain baru untuk musim akan datang.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys


