Kuching City hari ini mengesahkan bahawa Gabryel Monteiro de Andrade akan menggantikan Keanu Marsh-Brown yang cedera.
Keanu yang hanya sempat bermain dua perlawanan terpaksa melupakan hasrat bersama Kuching City apabila kecederaan lututnya memaksa beliau tidak diturunkan.
Dalam pada itu Gabryel merupakan penyerang muda yang berusia 23 tahun dari Sao Paolo, Brazil dan beliau telah mengikat kontrak enam bulan bersama pasukan The Cats.
Beliau berpengalaman beraksi bersama Al-Khabourah Club di Liga Oman, Metropolitano di Liga Brazil dan Austria Lustenau di Liga Austria.
Kuching City kini di kedudukan ke-empat Liga Premier dan dilihat mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri ke Liga Super 2023 secara merit sekiranya meneruskan aksi cemerlang mereka di liga berkenaan.
Ini adalah kerana daripada lima pasukan teratas kini, hanya dua sahaja pasukan layak untuk naik ke Liga Super.