Home BERITA BOLASEPAK Sarawak United lantik ketua jurulatih baharu

Sarawak United lantik ketua jurulatih baharu

Kelab Liga Super, Sarawak United, hari ini mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu selepas B Sathianatan mengumumkan beliau perlu mengundur diri ekoran kesihatan beliau.

Sarawak United telah membuat keputusan melantik S Balachandran sebagai pengganti Sathianatan berkuat kuasa serta merta.

Kelab tersebut dalam pada itu melahirkan harapan bahawa Balachandran mampu meneruskan kemaraan pasukan Sarawak United dalam liga.

Previous articleRodney percaya Akmal akan kuatkan pasukan
Next articleKuching City ikat penyerang import muda dari Brazil