Kelab Liga Super, Kuching City FC, akan mendapat siaran langsung pertama mereka di Liga Super kelak.
Ini dimaklumkan oleh hos acara majlis pelancaran jersi kelab tersebut, Zainal Abidin Raob.
Dalam pengumuman itu, beliau mengesahkan bahawa perlawanan membabitkan kelab tersebut menentang Kelantan FC akan disiarkan secara langsung oleh stesen Astro Arena.
Perlawanan tersebut akan diadakan pada 25 Februari ini, dengan kedua – dua pasukan dijangka bermain pada sebelah petang, yakni pada jam 5.30PM.
Kuching City akan memulakan aksi sulung mereka di Liga Super pada perlawanan tersebut, sekaligus menjadi perlawanan bersejarah bagi bekas juara Liga Bolasepak Rakyat itu.
Kuching City malam tadi telah melancarkan lima jersi untuk digunakan kelab tersebut musim ini.