Home Malaysian football PFAM tunggu jumlah akhir tunggakan Sarawak United diketahui

PFAM tunggu jumlah akhir tunggakan Sarawak United diketahui

Persatuan pemain bola sepak Profesional Malaysia (PFAM) dilaporkan oleh akhbar NST sebagai kini menunggu jumlah akhir tunggakan yang dihutang Sarawak United FC kepada pemain dibawah naungannya.

Menurut laporan akhbar NST yang bertarikh 21 Februari 2023,PFAM kini sedang dalam proses mengikut prosedur undang – undang, sebelum membawa kelab bola sepak tersebut ke mahkamah bagi menyelesaikan isu berkaitan Sarawak United.

Laporan akhbar sama menyebut Sarawak United terlepas tarikh bayaran yang ditetapkan National Dispute Resolution Chamber (NDRC) bagi menjelaskan gaji pemainnya tahun lepas.

Dalam perkembangan berkaitan, PFAM menjangkakan hutang Sarawak United kini lebih dari RM400,000 namun akan mendapatkan jumlah sebenar selepas mesyuarat NDRC minggu hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO_ PFAM Izham Ismail dipetik sebagai berkata peguam telah dihubungi oleh PFAM, dan jika kelab masih culas tanggungjawab mereka, pemilik kelab tersebut boleh diistiharkan muflis, dan mungkin dipenjara.

Selain Sarawak United, kelab Melaka United juga dilaporkan akhbar tersebut sebagai belum menjelaskan bayaran RM2.3 juta.

RECOMENDED LINKS: