Kuching City FC telah memutuskan untuk menamatkan khidmat mereka dengan penyerang Bryan Jones.
Jones yang dikhabarkan turut mengalami kecederaan telah bersetuju dengan penamatan kontrak tersebut.
“Keputusan menamatkan kontrak dicapai hasil persetujuan bersama dengan pihak pengurusan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City, Iswandi Ali Hassan kepada akhbar tempatan Sarawak.
Jones pernah digugurkan sebelum ini oleh Kuching City, yakni pada akhir musim 2020.
Sungguhpun demikian, beliau dibawa masuk semula ke pasukan Kuching City apabila penyerang pilihan pertama, Leo Alves Kuching City mengalami kecederaan jangka panjang.
Kemasukan semula Jone menyaksikan peminat menagih kecekapan menjaringkan gol seperti yang beliau laksanakan musim lepas dimana beliau bertindak cemerlang menjadi penggempur utama pasukan The Cats.
Sungguhpun demikian, pada musim ini, sengat beliau dilihat amat berkurangan apabila sekadar menjaringkan satu gol sahaja.
Pemergian Jones bakal menyaksikan Kuching City mengambil seorang pemain import baharu yang dijangka tiba dalam masa terdekat.