Penyerang sensasi Kuching City FC, Bryan Jones Anic├ęzio sah menjadi pemain import terakhir kelab tersebut apabila beliau secara rasminya menandatangani kontrak bersama kelab tersebut hari ini.

Berita kemasukan Jones ke kelab tersebut dikhabarkan laman sosial rasmi kelab tersebut lewat petang kelmarin dengan satu ayat ringkas “Bryan is back!”

Jones yang merupakan penjaring import terbanyak bagi Kuching City musim lepas biarpun beliau dibawa masuk agak lewat ke kelab tersebut.

Biarpun pada awalnya disahkan akan dikekalkan, nama Jones digugurkan pada saat akhir dengan beliau diganti oleh Aylton Alemao.

Penggantian ini berlaku biarpun Jones sudahpun menyatakan beliau mahu membantu Kuching City meraih slot automatik ke Liga Super musim hadapan.

Sungguhpun demikian, nasib sememangnya menyelebahi Jones apabila seorang lagi pemain Brazil, Leo Alves, terpaksa ditamatkan khidmatnya bersama Kuching City apabila mengalami kecederaan sebelum musim bermula.

Ini sekaligus menyaksikan tempat Alves dikosongkan, dan Kuching City terus bertindak mengikat Jones kembali.

Biarpun baru menandatangani kontrak bersama Kuching City Jumaat lalu, Jones dijangka kan terus digunapakai Ketua Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti pada perlawanan pembukaan kelab tersebut pada 10 Mac nanti.