Kuching City bercadang ke Johor pada 2 Mac ini

Kelab bolasepak Kuching City bercadang untuk ke Johor pada 2 Mac ini.

Menurut laporan media tempatan, cadangan tersebut dibuat ekoran keputusan memulakan Liga Malaysia pada 5 Mac kelak.

Apabila berada di Johor, kelab tersebut akan mengadakan latihan sementara menunggu keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Tirai Liga Malaysia 2021 bermula pada 5 Mac depan sebagai mana diumumkan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini” kata Pegawai Eksekutif Kuching City, Iswandi Ali kepada akhbar tempatan.

“Yang pasti, kami akan berangkat ke Johor Bharu pada tarikh tersebut”.

“Pemain mengadakan latihan sementari di Semenanjung, sementara menunggu keputusan dari FAM.” tambah Iswandi.

Pemergian Kuching ke Johor walaubagaimanapun akan turut melihat keadaan situasi Covid-19 negara.

Adalah juga difahamkan bahawa Kuching City mungkin akan mengubah tarikh perjalanan mereka ke tarikh baharu sekiranya keadaan semakin Covid-19 semakin teruk, atau berlakunya perubahan sepak mula Liga Malaysia.

Kuching City telah sebelum ini memilih untuk menjalankan latihan di Kuching sementara satu lagi pasukan dari Kuching, Sarawak United, telahpun ke Semenanjung Malaysia bagi memulakan sesi persiapan mereka untuk Liga Malaysia.

Liga Malaysia pada awalnya telah dijadualkan bermula hujung bulan februari, tetapi telah ditunda ke bulan Mac ekoran situasi pandemik Covid-19 negara yang semakin teruk.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top