Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) telah melantik jurulatih Omar Maya Amat sebagai Pengarah Teknikalnya.

Menurut Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom Omar akan mula menjalankan tugas berkuatkuasa 1 Februari 2021 hingga 31 Disember 2021.

Jika diperlukan, kontrak penyerang Sabah FA itu akan dipanjangkan dari 31 Disember ini.

“Watikah pelantikan telah disampaikan Setiausaha Agung SAFA, Benedict Asmat pada Rabu lalu.” kata David kepada Utusan Borneo.

“Pelantikan itu akan diperbaharui mengikut keperluan dan keputusan SAFA,” kata David lagi.

Omar bukanlah nama baru dalam bola sepak Sabah.

Beliau merupakan ketua jurulatih pasukan remaja Sabah selama lapan tahun. dan pernah menjadi pembantu jurulatih pasukan bawah 12 tahun Malaysia dalam program jelajah Eropah pada 2014.

Di samping itu, bekas pemain Sabah era 90-an itu juga pernah berguru di bawah Program Pembangunan Bolasepak Queen Park Rangers selama tiga minggu dan pernah membawa pasukan B12 tahun bimbingannya menamatkan Kejohanan Piala SuperMokh pada 2015 di kedudukan ketiga.

Beliau juga pernah menolak tawaran menjadi jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada 2015 kerana lebih senang berbakti di negeri kelahirnanya.