Kelab Liga Premier, Kuching City FC akan membawa seorang lagi jurulatih dari kelab UKM FC.

Jurulatih yang dikenalpasti sebagai Kamarudin Anuar, merupakan bekas penolong jurulatih UKM FC.

Kemasukan keliau ke kem Kuching City adalah untuk mengemudi pasukan Piala Presiden Kuching City musim ini, dengan kontrak beliau ditawarkan setahun bersama kelab Kuching City.

Berumur 50 tahun, Kamarudin mempunyai sejarah pernah berkhidmat di bawah Irfan Bakti, dan beliau juga pernah menjadi jurulatih di kelab Liga Super Felda United dan Terengganu FC.

Pelantikan Kamrudin disahkan Ketua Eksekutif Kuching City, Iswandi Ali Hassan dalam artikel yang dikeluarkan sebuah media tempatan.

“Ia mengambil kira pengalaman beliau yang kita harapkan mampu membentuk pasukan mantap.” kata Iswandi kepada sebuah akhbar tempatan.

“Beliau pernah menjadi penolong kepada Irfan Bakti ketika mengemudi pasukan Terengganu” katanya lagi.

Selain Kamarudin, Kuching City telah membawa masuk Sulaiman Hussin yang juga pernah berkhidmat bersama UKM FC.

Sulaiman merupakan ketua jurulatih kelab tersebut sebelum ini.