Mantan pemain Sarawak United, Amri Yahyah sah menjadi pemain Sabah FC.

Berita pengambilan pemain tersebut disahkan oleh Sabah FC di media sosial rasmi kelab tersebut kelmarin.

Amri, yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia, dianggap antara pemain paling menyerlah bersama kelab Sarawak United musim lalu.

Beliau pernah bermain bersama kelab ternama JDT FC, Melaka United dan juga Selangor FC dan telah menjaringkan sebanyak 71 gol sepanjang karier profesional beliau.

Walaupun ditawarkan kontrak bersama Sarawak United, Amri telah memilih untuk mencuba nasib di Sabah FC, dan kini beliau sah menjadi pemain kelab Liga Super itu.

Selain Amri, Sabah juga mengesahkan mereka mengambil seorang lagi bekas pemain kebangsaan, N Thanabalan.

Thanabalan mengukir nama sebagai antara pemain sayap paling berbisa di negara, dan beliau pernah bermain bersama Perak II, Kedah FA dan Negeri Sembilan FA.

kehadiran kedua – dua pemain dilihat bakal memantapkan lagi jentera serangan Sabah FC musim ini yang dijangka akan mencabar di dalam Liga Super sebaik sepak mula bermula pada awal Mac kelak.